Time For Music

musikgarten programmes

Perkembangan Minda Melalui Musik

® A Registered Trademark of Musikgarten U.S.A.

 

Berilah peluang kepada anak anda membina prinsip musik yang kukuh sebelum ia mempelajari alat musik seperti piano, violin dan sebagainya. Berkursuslah dengan Musikgarten supaya menikmati musik sepanjang umur !

Musikgarten yang berasal dari Amerika Syarikat adalah sebuah rancangan musik dan perkembangan untuk kanak-kanak. Ia boleh mengasuhkan perkembangan otak, sosial,emosi dan fisikal. Selain dari itu, kanak-kanak akan mempelajari tatatertib, menambah sifat memperolehi tumpuan yang positif, kerjasama dan mempunyai sensi pendengaran yang tepat. Musikgarten juga membina prinsip musik yang kukuh sebelum kanak-kanak mempelajari alat musik seperti piano, violin dan sebagainya. Itulah manfaat mempelajari Musikgarten.

Musikgarten berasas daripada 30 tahun kajian akademik dalam bidang perkembangan kanak-kanak di universiti termasyhur di Amerika Syarikat dan juga dari pengalaman guru-guru yang mahir dalam bidang musik untuk kanak-kanak. Semua aktiviti dan kegiatan Musikgarten akan diajar dalam Bahasa Inggeris.

 

Tajuk-tajuk dalam rancangan Musikgarten adalah:

 Family Music for Babies (Newborn to 16 months)                                                          [Musik Keluarga Bayi (Sesuai untuk kanak-kank yang berusia 0 tahun ke 16 bulan)]

 Berseronok dengan bayi anda melalui aktiviti-aktiviti seperti enjutan, buaian, menari, bergerak dengan musik 

dan bernyanyi. Aktiviti-aktiviti musik ini telah direka untuk mempertingkatkan tahap tahu menahu anak anda terhadap musik, khususnya melalui sensa pendengarannya. Ini adalah tahap pertama membina prinsip untuk bernyanyi dan berfikir secara musikal di masa akan datang.

  

 

Family Music for Toddlers (16 months to 4 years)                                                                  [Musik Keluarga Kanak-kanak Bertatih(Sesuai untuk kanak2 yg berusia 16 bulan ke 4 thn)] 

Anda bersama anak anda akan berpeluang menjalinkan hubungan yang lebih erat melalui aktiviti-aktiviti musik di dalam kursus ini. Aktiviti-aktiviti seperti bernyanyi bersama musik, bertutur tanpa musik, bergerak dengan musik, menari, mendengar dan bermain alat musik yang begitu senang sekali. Rancangan ini telah diubahsuaikan untuk menguatkan lagi pertalian musik dan pergerakan. Dengan ini, anak anda akan menerokai dengan lebih mendalam lagi melalui sensa pendengaran dan secara tidak langsung, akan menjadi lebih musikal semakin umurnya meningkat matang.

 

 

Cycles of Seasons (4 to 6 years)                                                                            

 [Musim Kitaran (Sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke 6 tahun)] 

Pada tahap ini, kanak-kanak cukup matang untuk mempelajarai aktiviti tanpa anda. Kursus ini direka khas untuk membina sifat fokus dan sifat ekspressi secara langsung. Aktiviti untuk pembinaan sifat-sifat ini termauk menyanyi dengan musik, berpuisi, bertutur tanpa musik, bergerak dengan musik, mendengar dengan lebih intip, bermain alat musik secara kumpulan, menerokai pergerakan yang lebih kreatif dan juga mendengar cerita-cerita yang boleh dikaitkan dengan musik dan pergerakan. 

 

 

 

 

Music Makers at the KeyBoard

Pembentuk Musik di Keyboard (Sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke 9 tahun)

Kanak-kanak yang telah melalui kursus Musikgarten sebelum tahap ini akan berpeluang bermain lagu-lagu yang mereka telah pelajari dahulu dengan penggunaan piano atau alat keyboard. Kursus ini terperinci kepada kumpulan yang minimal. Dengan ini, mereka akan diberi perhatian yang lebih prihatin dalam pengajian alat keyboard yang berkenaan. Objektif kursus ini adalah untuk menarik minat kanak- kanak terhadap alat musik tanpa paksaan dan juga untuk menanamkan benih minat terhadap musik melalui keyakinan diri sendiri. 

 

 

 

 

Upcoming Events

Wednesday, Aug 16 at 6:00 PM - 6:30 PM
Wednesday, Aug 16 at 6:30 PM - 7:30 PM
Wednesday, Aug 16 at 8:00 PM - 9:00 PM
Thursday, Aug 17 at 8:00 PM - 9:30 PM